Thursday, 13 February 2014

Gejala Rasuah

Gejala rasuah merobohkan kesucian dan martabat universiti sebagai gedung ilmu dan melunturkan kredibiliti dan keperibadian seseorang pensyarah atau pentadbir jika benar mereka mengamalkannya. Ironinya, elemen keikhlasan, keadilan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan turut luntur dalam jiwa penerima dan pemberi rasuah yang mencari jalan pintas mencapai matlamat masing-masing.

Isu-isu SPRM dalam Youtube

sumber : http://www.youtube.com/user/ODVMACC/featured
anything and everything related to the Malaysian Anti-Corruption Commission. Reported without prejudice, without fear or favor.
 

Pertubuhan Belia Cina Sedia Bantu SPRM Basmi Rasuah

Special Interview With ONODC Reps On Malaysia Successfull UNCAC Country Review Report

Masukkan Aspek Integriti, Anti Rasuah

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/masukkan-aspek-integriti-anti-rasuah-1.249382
10 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi memasukkan aspek integriti dan anti rasuah dalam sukatan pelajaran sekolah. 
  
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan berkata nilai-nilai murni itu boleh diterap dalam subjek agama, moral dan sivik.

Jabatan Peguam Negara Diminta Beri Penjelasan

sumber : http://www.sinarharian.com.my/jabatan-peguam-negara-diminta-beri-penjelasan-1.247182
3 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti diumumkan minggu lepas.

"Sebagai sebuah panel bebas, kami berasa bimbang tentang perkembangan ini kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar," kata pengerusinya Datuk Johan Jaaffar.