Thursday, 13 February 2014

Masukkan Aspek Integriti, Anti Rasuah

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/masukkan-aspek-integriti-anti-rasuah-1.249382
10 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi memasukkan aspek integriti dan anti rasuah dalam sukatan pelajaran sekolah. 
  
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan berkata nilai-nilai murni itu boleh diterap dalam subjek agama, moral dan sivik.
  
"Secara tidak langsung, ini boleh mendidik kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah agar mempunyai kekuatan dalaman tentang nilai integriti bagi mencegah diri mereka dari melakukan perbuatan salah laku dan jenayah rasuah," katanya.
  
Bercakap di sidang media Kempen Wira Anti Rasuah Sekolah Rendah Cina di SJK (C) Ladang Harcoft, di sini, hari ini, beliau berkata SPRM juga sedang menyediakan bahan-bahan bacaan/naskah bercetak mengenai integriti dan anti rasuah untuk diedarkan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
  
Selaras dengan itu, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan program dengan Institut Pendidikan Perguruan (IPP) dan bekerjasama dengan bakal bakal guru dengan menyediakan 'teaching-aids' berhubung subjek berkenaan.
  
Program berkenaan bagi melatih guru tersebut mengenai kemahiran pendidikan integriti dan anti rasuah dalam menyampaikan subjek berkenaan kepada
murid-murid.      

Beliau berkata, program itu diteruskan di peringkat sekolah menengah dan juga universiti.  - Bernama

No comments :

Post a Comment