Pada 10 Mei 2013, SPR UTHM mengambil bahagian dalam program Tweet@TDI v2 dengan mengadakan pameran berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pameran yang diadakan bertempat di foyer Kolej Kediaman Tun Dr Ismail.
Pameran ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan rasuah dan SPRM di samping mempromosikan SPR UTHM kepada mahasiswa/siswi UTHM.
Pameran ini ini juga turut disertai oleh 2 orang pegawai SPRM Batu Pahat.
Antara barang yang dipamerkan adalah:
Melalui pameran ini, dapat dilihat bahawa kesedaran dan pengetahuan para pelajar dalam rasuah dan juga agensinya masih lagi rendah. Walau bagaimanapun, pihak SPR UTHM ingin mengucapkan terima kasih ke atas para pelajar yang berkunjung ke
booth kami.
Diharapkan pameran seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang sebagai usaha untuk mendedahkan kepada mahasiswa/siswi tentang rasuah.
No comments :
Post a Comment